Kursus Penggunaan Media Sosial

9 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 08 Julai 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kursus penggunaan media sosial bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 8:00 pagi sehingga 4:00 petang. Kursus ini diadakan dengan kolaborasi bersama pihak Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED). Kursus ini telah disertai oleh 16 orang peserta berumur dalam lingkungan 18 sehingga 60 tahun.

Tujuan kursus ini dadakan adalah untuk mengajar peserta cara untuk menggunakan media sosial untuk mempromosi produk mereka. Antara media sosial yang mereka boleh gunakan adalah seperti Facebook dan Instagram. Mereka diajar cara – cara untuk menulis ayat promosi dengan betul dan tersusun dan mengandungi segala maklumat yang perlu seperti produk apa yang dijual dan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya pembeli berminat untuk bertanyakan tentang produk yang diiklankan.

Antara kebaikan yang diperoleh dari kursus ini ialah peserta dapat menjadi seorang yang celik IT kerana pandai menggunakan aplikasi telefon untuk mempromosikan produk mereka kepada orang ramai. Selain itu, peserta dapat meluaskan target mereka kerana penggunaan media sosial memberi impak yang besar dan dapat sampai kepada sesiapa sahaja yang menggunakan media sosial yang sama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali